Sabtu, 26 April 2008

Remote Sensing Makna “Remote Sensing” sekarang ini digunakan oleh kebanyakan ahli saintis dalam mengkaji objek dari jarak yang jauh contohnya, bumi, lunar permukaan planet dan fenomena galaksi. Secara kasarnya, R.S ini adalah terhasil daripada kesan pengabungan penderia yang moden, kelengkapan pemprosesan data, teori maklumat, mitodologi pemprosesan, teori komunikasi dan peralatan pesawat angkasa dan pesawat udara. (James B. Campbell, 1996)

Dorongan pertama bagi penderiaan jauh dari angkasa ialah penderiaan jauh dari roket. Pada awal tahun 1891 suatu hak cipta telah dianugerahkan kepada Ludwing Rahrmann dari Jerman “Penemuan dan pengembangan Alat untuk Memperoleh Pandangan Fotografik Mata Burung”. Alat tersebut merupakan suatu system kamera roket yang dikendalikan dengan payung untuk terjun dari pesawat terbang apabila kembali ke daratan atau permukaan bumi. Pada tahun 1907 seorang lagi rakyat Jerman iaitu Alfred Maul telah menambahkan konsep gyrostabilization pada system kamera roket tersebut. Pada tahun 1912 pula ia berjaya menlancarkan suatu beban guna seberat 41 kg bersama dengan kamera yang mempunyai ukuran 200 x 250 mm hingga ketingian 790 m.Menurut Fischer (1975), penderiaan jauh bermaksud pencerapan dan pengukuran suatu objek tanpa menyentuhnya.

Semenjak tahun 1960 apabila istilah penderiaan jauh mula-mula dicipta, penderiaan jauh telah membawa pengertian yang bergantung kepada disiplin sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam sains-sains persekitaran seperti geografi, geologi, botani, zoologi, kejuruteraan awam, perhutanan, meerologi, pertanian dan oseanografi penderiaan jauh bermaksud penggunaan pengindera sinaran elektromagnet untuk merekod imej persekitaran yang dapat ditafsir untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna.