Khamis, 30 Oktober 2008

BAHASA BAJAU..( TUTORIAL 3 )

Kenderaan ( kinudaan )

Basikal = Biskal
Lori = Luri
PickUp = Pikap
Sampan = Biduk
Rakit = Bangkar
Motosikal = Mutu
Kerbau = Kerabau
Lembu = Sapi'
Kuda = Kuda

Makanan ( Kakanan )

Nasi = Buas
Ikan = Ding
Telur = Entelo
Ayam = Manuk
Ketam = Kabau
Pari = paii
Sayur = Gulai
Ulam = Lor
Jeruk = Jaruk

Aktiviti ( Kinorjoon )

Memukat = Ngeringgi'
Menjala = Ngerambat
Bertanam = Nonom
Menari = Berunsai
Bermain = Kekuri
Berenang = Perangi
Memancing = Mesi

Contoh Ayat:

1. luuk ku songom tu buas ko gulai.
2. mesi aku untuk kule ding
3. Amun ingin kule' ding iko, ngeringgi' kam..
4. Yang To Ku Nonom Gulai
5. Asal un jomo sama kawin tak Kota Belud, mesti un berunsai.

AMAR

Isnin, 27 Oktober 2008

Trip Ke Melaka









Baru2 ni kampung sy telah terpilih untuk pencalonan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) yg bertempat di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.....FUYOOOO! syok tidak terkata apabila sy terpilih sama menjadi JKK kampung dan berpeluang terbang ke negeri orang... first time g melaka ni...

sampai di sana, kampung kami ditempatkan di Hotel AnCasa...3 bintang jak...namun servisnya cukup bagus!! makan pagi masuk dalam pakej penginapan kami seramai 33 orang. Buffy makan puas2 sampai pecah perut!! lain kali kalau nak g Melaka ni mesti mau tinggal kat tempat ni.

pagi sabtu tu kami bertolak g kampung Paya Rumput Jaya Sungai Udang (PARUJAS)...kampung yang menjadi tuan rumah sempena anugerah ini....terkzut juga beb..lawa bukan main..macam g zaman hang tuah lak bila menjejakkan kaki d sana... senibina rumahnya masih mengekalkan ciri2 zaman melayu tradisional lama...cuma terdapat beberapa rumah moden yang telah didirikan... 'no wonder this village won this competition'....kata orang putih yang kebetulan lalu di tepi sy time tu..

malam tu g bandar Melaka bab nak lihat keadannya time dinihari... macam pesta! memang layak diberi pengiktirafan pusat warisan dunia oleh UNICEF ... pagi seoknya pula kami g sana lagi sekali..nak lihat time 'terang' pula.. apa yang sy dapat komen...best sangat....and than kami bertolak balik g KL..

di KL, rombongan kami menginap kat Chow Kit Road kat hotel City View....pun 3 bintang..tempat makan senang sekali...kat bawah hotel banyak warung2 makan...murah2 belaka.... malam 2 makan durian sepuas2 hati..semua orang hantu durian...habis RM280...tapi BOSS bayar..hehehehe...duit sesen pun x keluar....balik bilik, semua mengampai...'panas badan'..

Esoknya pula sy jemput adik yang belajar kat UM untuk join rombongan kami...syok dapat jalan2 ngan dia...mau juga terus tinggal kat kl d bilik dia tapi tiket dah d beli....lagipun nak mengajar lagi lepas trip ni...

apa2pun...memang best melancong kalau 'pulus' ada lah...huhu...next time sy nak g sana lagi...banyak tmpt lagi nak pergi...chaw!

AMAR

Selasa, 27 Mei 2008

BAHASA BAJAU..(TUTORIAL 2)

alap = baik
ansur = hancur
biduk = perahu
endiam = dalam
entenga' = tengah
io = dia
kuie, ingin = mahu
narik = tarik
ngaji = mengaji
niintom = dikenang
norong = sorong
nyia' = tidak
paan = juga
sino' = suruh
sepeng = cabang
tak = di
telu = tiga
tio = jauh

contoh ayat:
(pantun)

norong papan narik papan,
buah keranji endiam biduk,
sino' mangan io mangan,
sino' ngaji io nyia' kuie.

pulau pandan tio tak entenga',
gunung daik sepeng telu,
ansur badan enkandung tanah,
budi alap niintom paan.

AMAR

Jumaat, 16 Mei 2008

SATELITE CHIPS 666

Betul ker ni?
susah juga nak percaya kan. Benda ghaib boleh digabungkan dengan teknologi masa kini.
Heboh pada 11 mei 2008 (bru2 ni) tentang pelancaran satelit 'AntiChrist' yang kononnya boleh membawa bencana kepada pengguna teknologi telefon selular..
warna no telefon yang masuk tu berwarna merah...
mempunyai no yang agak panjang..
dengan awalan0866 @ 0838...
sesiapa yang menjawab talian tu kononnya akan berbuih mulut dan mati.....
kesemuanya adalah diakibatkan oleh ilmu gahib....
ramai dah mati kat Indonesia kononnya....
di puchong 2 orang mangsanya...

Tapi mungkin betul juga.....
pernah dengar atau terbaca dalam surat khabar tak tentang penyembuhan penyakit atau mencari barang yang hilang melalui telefon atau sms jak????
orang Malaysia yang buat tu....
Bravo Malaysian!
maknanya orang Malaysia lebih pakar berbanding orang barat kan..
dorang baru jak nak test..
Hebat betul teknologi masa ni...
mungkin lain kali boleh sebar Kuman AIDS melalui HP kan...
tidak pun buat 'ANAK' dari telefon..hehehe
Apa-apa pun hati2 lah..
buat orang Muslim Banyakkan baca Ayat 3 Qul.
Semoga kita dilindungi ALLAH SWT. AMIN

AMAR

Khamis, 15 Mei 2008

Bahasa Bajau..(tutorial)

mangan = makan
turi = tidur
oron = nama
kada = mungkin
nginum = minum
moso = membaca
mapi = memasak
jomo = orang
terati = tahu
bana = betul
luman = jalan
amun = jika
kekuri = main
nembirang = ego
bilon =gila

contoh ayat:
*un jomo bilon balik-balik kekuri internet. Selalu bana ngomen tak blog jomo. Nembirang jo terati ni. Amun ingin terati bi oron ni, endak bi jo tak ruang Chatter ku a. Bilon kada jomo a. Tah! yen boi kakan ni sampai jadi begea. yen boi papi yang mak ni pan nya terati ti. Jomo kurang kasih sayang kada a. turi mangan jo terati ni kada.
(berusahalah untuk memahaminya ek..hehehe)

AMAR.

Selasa, 6 Mei 2008


Teknologi..teknologi...'taknaklagi'!
Inilah manusia,
apa yang ada tidak pernah disyukuri,
sentiasa mahu dan mahu lagi,
semuanya untuk keutamaan diri.
Dulu tidak ada,
sekarang pula ada,
macam biskut pulak da,
namun apa yang ada?
kebahagiaan adakah sempurna?
Sebenarnya tiada teknologi pun ok,
manusia tetap akan dapat hidup juga,
macam mana nenek moyang boleh?
ada juga waris mereka hingga kini,
yang kadang kala bodoh, bongkak, dan sombong,
banga dengan apa yang dimiliki.
AMAR...

Ahad, 27 April 2008

Dulu dan Kini

Tahun 2004,
semuanya serba mahal,
memperolehinya pun terlalu sukar,
namun banyak yang dijual,
itulah telefon selular.

Tahun 2005,
semuanya serba tak kena,
asal tiada orang ketawa,
di sinilah ia bermula,
itulah 'Friendster' namanya.

Tahun 2006,
nak ber'chating' pun senang,
di mana-mana pun riang,
tidak perlu wayar disambung pasang,
itulah 'wireless' pemenuhi ruang.

Tahun 2007,
tahu mana arah di tuju,
klik saja keluar beribu-ribu,
melihat gambar dan vedio yang 'Bermutu',
itulah 'YouTube' madah teknologi baru.

Tahun 2008,
BN tumpas lagi di kelantan,
lima negeri hilang dalam gengaman,
kerajaan kongsi dengan 'pakatan',
akibat 'teknologi yang tanpa batasan'......

Sekian dulu puisi ini,
harap bersama kita renungi,
adakah benar apa yang ditaipi,
atau sekadar omongan di siang hari. hehehe

Jambatan Lintas Likas-KK


LATAR BELAKANG SATELIT LANDSAT

Siri satelit yang dikenali sebagai Landsat merupakan konsep yang dikembangkan dari pemerhatian fotografik oleh penerbangan awal orbit Utarid dan Gemini. Pada 23 Julai 1972, NASA telah melancarkan satelit yang di rekabentuk untuk mendapatkan imej permukaan bumi yang dikenali sebagai Satelit Teknologi Sumber Bumi atau Earth Resources Technology Satellite ( ERTS ). Dalam tahun 1976 program tersebut membawa kepada 6 buah satelit yang sebelum pelancarannya diberi nama ERST A,B,C,D,E, dan F. Selepas pelancarannya berhasil mengorbit maka namanya telah diubah menjadi ERST 1,2,3,4,5 dan 6.

Setelah ERST-1 dilancarkan oleh roket pendorong Thor-Delta pada 23 Julai 1972, satelit ini beroperasi sehingga 6 Januari 1978. Selepas itu berbagai bangsa atau negara telah dijemput bersama untuk melakukan menjayakan program ini dan hasil percubaannya menggembirakan. Kira-kira 300 percubaan dilakukan secara terpisah dengan percubaan ERST-1 dilakukan dengan 43 negara bahagian Amerika Syarikat dan 36 negara lain.

Kemudian tepat sebelum pelancaran ERST-B pada tanggal 22 Januari 1975, NASA secara rasmi menggantikan nama program “Landsat” (untuk membezakannya dengan program satelit oseanografi Seasat yang telah dirancang).Berdasarkan hal tersebut maka ERST-1 talah diubah namanya menjadi Landsat 1 dan ERST-B pada saat pelancarannya diubah menjadi Landsat 2. Tugasnya adalah untuk menunjukkan kebolehan satelit ini menggunakan kaedah penderiaan jauh multispektrum dari angkasa, khususnya dalam menyediakan pelbagai maklumat tentang pengurusan sumber bumi. Siri satelit pertama ini merupakan pindaan daripada satelit cuaca Nimbus yang dibina oleh Bahagian Angkasa General Electric.

Kemudian satelit ini telah menjadi asas kepada rekabentuk kepada Landsat -2 dan 3. Reka bentuk ini mempunyai 3 meter tinggi dan 1.5 diameter dan beratnya kira-kira 950 kg. Tiga lagi satelit sumber bumi telah dilancarkan pada tahun 1978 ( Landsat 3 ), 1982 ( Landsat 4 ), dan 1984 ( Landsat 5 ). Landsat 1 dan 2 mempunyai kadar pusingan selama 28 hari dan boleh mengesan empat spektrum warna iaitu hijau, merah, inframerah dan dekat inframerah. Landsat 4 dan 5 mempunyai satu lagi tambahan penderia yang dipanggil Thematic Mapper.

Sabtu, 26 April 2008

Remote Sensing Makna “Remote Sensing” sekarang ini digunakan oleh kebanyakan ahli saintis dalam mengkaji objek dari jarak yang jauh contohnya, bumi, lunar permukaan planet dan fenomena galaksi. Secara kasarnya, R.S ini adalah terhasil daripada kesan pengabungan penderia yang moden, kelengkapan pemprosesan data, teori maklumat, mitodologi pemprosesan, teori komunikasi dan peralatan pesawat angkasa dan pesawat udara. (James B. Campbell, 1996)

Dorongan pertama bagi penderiaan jauh dari angkasa ialah penderiaan jauh dari roket. Pada awal tahun 1891 suatu hak cipta telah dianugerahkan kepada Ludwing Rahrmann dari Jerman “Penemuan dan pengembangan Alat untuk Memperoleh Pandangan Fotografik Mata Burung”. Alat tersebut merupakan suatu system kamera roket yang dikendalikan dengan payung untuk terjun dari pesawat terbang apabila kembali ke daratan atau permukaan bumi. Pada tahun 1907 seorang lagi rakyat Jerman iaitu Alfred Maul telah menambahkan konsep gyrostabilization pada system kamera roket tersebut. Pada tahun 1912 pula ia berjaya menlancarkan suatu beban guna seberat 41 kg bersama dengan kamera yang mempunyai ukuran 200 x 250 mm hingga ketingian 790 m.Menurut Fischer (1975), penderiaan jauh bermaksud pencerapan dan pengukuran suatu objek tanpa menyentuhnya.

Semenjak tahun 1960 apabila istilah penderiaan jauh mula-mula dicipta, penderiaan jauh telah membawa pengertian yang bergantung kepada disiplin sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam sains-sains persekitaran seperti geografi, geologi, botani, zoologi, kejuruteraan awam, perhutanan, meerologi, pertanian dan oseanografi penderiaan jauh bermaksud penggunaan pengindera sinaran elektromagnet untuk merekod imej persekitaran yang dapat ditafsir untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna.