Ahad, 27 April 2008

Dulu dan Kini

Tahun 2004,
semuanya serba mahal,
memperolehinya pun terlalu sukar,
namun banyak yang dijual,
itulah telefon selular.

Tahun 2005,
semuanya serba tak kena,
asal tiada orang ketawa,
di sinilah ia bermula,
itulah 'Friendster' namanya.

Tahun 2006,
nak ber'chating' pun senang,
di mana-mana pun riang,
tidak perlu wayar disambung pasang,
itulah 'wireless' pemenuhi ruang.

Tahun 2007,
tahu mana arah di tuju,
klik saja keluar beribu-ribu,
melihat gambar dan vedio yang 'Bermutu',
itulah 'YouTube' madah teknologi baru.

Tahun 2008,
BN tumpas lagi di kelantan,
lima negeri hilang dalam gengaman,
kerajaan kongsi dengan 'pakatan',
akibat 'teknologi yang tanpa batasan'......

Sekian dulu puisi ini,
harap bersama kita renungi,
adakah benar apa yang ditaipi,
atau sekadar omongan di siang hari. hehehe

Jambatan Lintas Likas-KK


LATAR BELAKANG SATELIT LANDSAT

Siri satelit yang dikenali sebagai Landsat merupakan konsep yang dikembangkan dari pemerhatian fotografik oleh penerbangan awal orbit Utarid dan Gemini. Pada 23 Julai 1972, NASA telah melancarkan satelit yang di rekabentuk untuk mendapatkan imej permukaan bumi yang dikenali sebagai Satelit Teknologi Sumber Bumi atau Earth Resources Technology Satellite ( ERTS ). Dalam tahun 1976 program tersebut membawa kepada 6 buah satelit yang sebelum pelancarannya diberi nama ERST A,B,C,D,E, dan F. Selepas pelancarannya berhasil mengorbit maka namanya telah diubah menjadi ERST 1,2,3,4,5 dan 6.

Setelah ERST-1 dilancarkan oleh roket pendorong Thor-Delta pada 23 Julai 1972, satelit ini beroperasi sehingga 6 Januari 1978. Selepas itu berbagai bangsa atau negara telah dijemput bersama untuk melakukan menjayakan program ini dan hasil percubaannya menggembirakan. Kira-kira 300 percubaan dilakukan secara terpisah dengan percubaan ERST-1 dilakukan dengan 43 negara bahagian Amerika Syarikat dan 36 negara lain.

Kemudian tepat sebelum pelancaran ERST-B pada tanggal 22 Januari 1975, NASA secara rasmi menggantikan nama program “Landsat” (untuk membezakannya dengan program satelit oseanografi Seasat yang telah dirancang).Berdasarkan hal tersebut maka ERST-1 talah diubah namanya menjadi Landsat 1 dan ERST-B pada saat pelancarannya diubah menjadi Landsat 2. Tugasnya adalah untuk menunjukkan kebolehan satelit ini menggunakan kaedah penderiaan jauh multispektrum dari angkasa, khususnya dalam menyediakan pelbagai maklumat tentang pengurusan sumber bumi. Siri satelit pertama ini merupakan pindaan daripada satelit cuaca Nimbus yang dibina oleh Bahagian Angkasa General Electric.

Kemudian satelit ini telah menjadi asas kepada rekabentuk kepada Landsat -2 dan 3. Reka bentuk ini mempunyai 3 meter tinggi dan 1.5 diameter dan beratnya kira-kira 950 kg. Tiga lagi satelit sumber bumi telah dilancarkan pada tahun 1978 ( Landsat 3 ), 1982 ( Landsat 4 ), dan 1984 ( Landsat 5 ). Landsat 1 dan 2 mempunyai kadar pusingan selama 28 hari dan boleh mengesan empat spektrum warna iaitu hijau, merah, inframerah dan dekat inframerah. Landsat 4 dan 5 mempunyai satu lagi tambahan penderia yang dipanggil Thematic Mapper.